TIPS DIET


Ancaman Kesihatan Masa Kini – Kegemukan

Bukan sekadar penyakit berjangkit yang menjadi isu perbualan hangat di antara masyarakat kini tetapi masalah kegemukan yang menjadi ancaman penyakit juga telah lama bertapak di setiap lapisan masyarakat kita kini telah menjadi isu kesihatan yang semakin hebat dibicarakan.
Jika dulu, gemuk seringkali ditafsirkan sebagai sihat namun kini gemuk banyak dikaitkan dengan masalah kesihatan dan juga penampilan yang kurang menarik. Bukan bentuk lahiriah yang dipersoalkan tetapi kegemukan mungkin mengundang masalah lain yang tidak boleh dijangkakan.
Namun begitu, dalam sesetengah budaya, gemuk dikaitkan dengan kekuatan fizikal dan kesuburan. Gemuk juga diiktiraf sebagai simbol kekayaan dan status sosial terutama dalam kelompok masyarakat yang mengalami masalah kekurangan makanan. Dalam sejarah awal Eropah moden juga gemuk dikaitkan sebagai simbol kekayaan sebelum akhirnya ia dikaitkan dengan keghairahan dan juga selera .
Globalisasi dan urbanisasi juga dikaitkan dengan peningkatan kegemukan yang bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Gemuk atau berlebihan berat badan merupakan suatu kelaziman yang berlaku di negara Barat dan pola peningkatannya dilaporkan lebih cepat meningkat berbanding di negara- negara yang membangun.
Jika ditinjau keadaan semasa, semua golongan terutamanya wanita amat mementingkan penampilan dan kecantikan terutamanya berat badan. Namun, sejauh mana apa yang ingin ditampilkan ini dapat dijadikan amalan yang berterusan selari dengan apa yang diimpikan. Tidak ketinggalan, golongan lelaki juga mengalami dilema seperti wanita iaitu berkaitan dengan penampilan lahiriah.
Gemuk dan gendut juga menjadi satu masalah bagi kaum lelaki pada masa kini. Secara umumnya, unsur pemakanan dan gaya hidup merupakan punca utama yang menyumbang kepada masalah ini. Walaupun boleh dikatakan unsur baka (genetik) juga memainkan peranan dalam menyumbang kepada masalah kegemukan tetapi pengaruhnya hanyalah kecil sahaja dalam epidemik gemuk berbanding dengan pengaruh pemakanan dan gaya hidup.
Mengapakah seringkali diwawarkan akan bahaya gejala kegemukan walaupun ia sekadar pandangan atau penampilan lahiriah sahaja? Memang sebegitu pandangan sesetengah masyarakat namun secara ditirnya, kesan kegemukan boleh melangkau lebih dari sekadar itu.
Bukan setakat ia boleh menyebabkan penampilan yang tidak menarik tetapi juga boleh mengundang masalah- masalah kesihatan yang lain yang lebih teruk. Hal inilah yang seringkali diperkatakan oleh pakar- pakar kesihatan kini yang bimbang akan peningkatan penyakit yang tidak berjangkit berkait dengan kegemukan yang menjadi salah satu masalah kesihatan awam.
Terdapat juga mitos yang mengatakan bahawa wanita yang melahirkan anak ramai adalah punca kegemukan. Namun, ia bukanlah salah satu sebab yang utama kerana wanita yang tidak melahirkan anak juga cenderung untuk gemuk. Ia merupakan salah tanggapan yang buruk terhadap masalah kegemukan oleh segelintir masyarakat kita yang masih kurang pendidikan pemakanan.
Pokok pangkalnya, penjagaan pemakanan dan gaya hidup sihat yang perlu diamalkan dan bukanlah soal melahirkan anak atau tidak. Lelaki seperti juga dengan wanita bergelut dengan isu pertambahan berat badan yang kadang- kadang mereka sendiri tidak menyedari akan pertambahan ukur lilit perut sehingga menjadi punca masalah gendut. Punca utama masalah kegemukan yang dikenalpasti oleh pakar- pakar pemakanan mahupun kesihatan ialah ketidakseimbangan antara pengambilan tenaga dengan penggunaan tenaga.
Ditambah lagi tiada perubahan dalam tabiat dan pengambilan makanan berlemak dan berkalori tinggi walaupun umum sudah mengetahui bahawa ia merupakan punca utama masalah kegemukan yang juga akan berakhir dengan masalah kesihatan yang lain. Gabungan antara pengambilan nutrisi yang berlebihan dan gaya hidup masyarakat yang lebih banyak duduk tanpa melakukan aktiviti yang aktif akan membarahkan lagi masalah kesihatan yang sedia wujud dalam masyarakat kita.
Harus diingatkan, walaupun isu kegemukan mendapat tempat di dalam masyarakat dan sering dibicarakan namun harus disedari bahawa tubuh badan yang kurus juga tidak menjamin seseorang bebas daripada mendapat penyakit- penyakit lain. Cuma yang pasti, risiko mendapat penyakit berbahaya seperti barah, penyakit jantung dan strok adalah lebih tinggi di kalangan mereka yang mengalami masalah kegemukan. Apabila gemuk, aktiviti fizikal juga terbatas menyebabkan golongan ini juga malas bersenam dan sukar melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh dengan mudah seperti menaiki tangga, berjalan, berkebun dan sebagainya.
Dalam hal ini, kita perlu kembali kepada ajaran Islam. Bagaimana Rasulullah telah mengajar umatnya bersederhana dalam makanan perlu diambil iktibar sepertimana sabdanya: “Tidak ada bejana yang lebih buruk yang diisi oleh manusia daripada perutnya sendiri. Cukuplah seseorang itu memakan beberapa suap makanan yang dapat menegakkan tulang belakangnya. Kalau terpaksa, maka ia boleh mengisi sepertiga perutnya dengan makanan, sepertiga lagi dengan minuman dan sepertiga bakinya untuk nafas”.
Ini menunjukkan kepada kita agar bersederhana dan tidak boleh memakan secara berlebihan kerana ia mungkin akan memudaratkan tubuh badan kita. Para sahabat juga pernah makan di hadapan Nabi Muhammad SAW secara terus menerus sehingga kenyang. Terlalu kenyang juga akan melemahkan tenaga tubuh walaupun secara zahirnya tubuh akan terus subur.
Namun menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, tubuh hanya akan menjadi kuat dengan kualiti makanan yang diterimanya dan bukan dengan dipenuhi makanan sebanyak- banyaknya. Ini bermakna pemakanan yang sihat dan sempurna akan menghasilkan tubuh badan yang sihat dan bukannya bergantung kepada kuantiti makanan. Apabila aspek kuantiti yang ditekankan, maka akan berlakulah masalah yang digeruni oleh semua kini iaitu masalah kegemukan.
Sejajar dengan perkembangan semasa, banyak program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk menyedarkan rakyat tentang pemakanan dan gaya hidup sihat sekaligus untuk mengurangkan masalah kegemukan yang berlaku dalam masyarakat Malaysia. Walau apapun langkah yang dianjurkan oleh mana- mana pihak, seandainya ia tidak bermula dengan diri kita sendiri, maka masalah kegemukan tidak akan berkurangan seterusnya masyarakat kita masih lagi terus berdepan dengan masalah kesihatan yang tidak berkesudahan.
Oleh sebab itulah, kita seharusnya mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan masalah kegemukan yang akan membarah dengan penyakit yang berbahaya berlaku sepertimana yang disebut oleh Al Harith ibn Kaladah bahawa pencegahan adalah inti pengubatan, dan perut adalah sarang penyakit, maka biasakanlah tubuh itu untuk melakukan hal yang biasa dilakukannya.
Jika kita melampau dan berlebihan dalam mengambil makanan, ia akan menyebabkan berlebihan zat makanan dan berat badan semakin meningkat seterusnya masalah lain akan timbul. Justeru itu, langkah pencegahan yang mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja ialah menjaga amalan pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat serta makan perlulah mengikut keperluan fisiologi dan bukannya psikologi.
Norkumala bt. Awang
Pegawai Penyelidik
Kredit : IKIM & Flickr


DIET

Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, diet adalah penting untuk memastikan mereka mendapat tubuh yang langsing.



Berikut ialah tips untuk diet secara santai:
  • Ramai yang berjaya menurunkan berat badan dengan mengurangkan atau mengelakkan minuman berkalori seperti soda dan teh manis.
  • Mengelak sarapan boleh membuatkan kita mengidam makanan lain.  Untuk sarapan yang mengenyangkan, milkshake buah-buahan yang kaya antioksidan adalah terbaik.
  • Makanan bebas lemak bukanlah selalunya yang terbaik tetapi ia membantu mengurangkan kalori yang diambil.
  • Hadkan pengambilan makanan manis kepada 150 kalori sehari seperti satu aun coklat, setengah potongan kek atau setengah cawan aiskrim biasa.
  • Sekali-sekala, ambil salad kosong untuk makan tengah hari dan makan malam untuk menikmati pemanis mulut sepenuhnya.
  • Jangan kasihan pada makanan. Lagi anda kasihan, lagi banyak anda makan.
  • Pastikan pinggan makanan diisi dengan separuh sajian sayuran dan buah-buahan setiap kali waktu makan tengah hari atau malam.
  • Pengambilan makanan ringan atau snek semasa tekanan hanya akan merangsang sebatian kimia  dalam tubuh badan  untuk menghasilkan lebih banyak sel lemak.
  • Jangan terlalu mengharapkan penurunan berat badan yang terlalu drastik seperti 10 kilogram sebulan kerana selain berbahaya, ia juga mempunyai potensi untuk naik semula.

3 Tips Diet: Menurunkan Berat Badan Secara Mudah




Menurunkan berat badan dengan mudah adalah impian setiap orang. Selama beberapa dekade, telah dilakukan penelitian secara intensif untuk mempelajari mekanisme rasa lapar dan rasa kenyang. Telah terungkap bahwa perut memantau volume makanan yang masuk dibandingkan dengan jumlah kalori. Anda akan merasa kenyang setelah makan semangkuk besar sup sayuran, tetapi tidak akan merasa kenyang setelah makan cemilan yang kaya kalori, seperti sepotong cheesecake. Makan makanan dengan kepadatan rendah kalori seperti buah-buahan, sayuran, dan sup memicu perasaan kenyang. Tapi makanan kaya atau padat kalori tidak memicu perasaan kenyang karena mereka hanya menempati sedikit ruang di perut. Berikut adalah tiga cara untuk menambahkan lebih banyak makanan untuk diet harian Anda:

Menurunkan Berat Badan dengan cara Mudah

1. Pilih makanan yang berukuran besar.
Sayuran dan buah adalah pilihan terbaik Anda. Kebanyakan sayuran rata-rata hanya memiliki 20 kalori per porsi. (Satu porsi setara dengan setengah cangkir 1 cangkir dimasak atau mentah). Buah-buahan memiliki 60 kalori per porsi. (Satu porsi jus sama dengan setengah cangkir atau satu ukuran bola tenis sepotong buah). Makan tujuh hingga sembilan porsi buah dan sayuran setiap hari.

2. Tingkatkan asupan serat.
Serat menambah massa makanan, membantu merasa kenyang lebih lama. Satu studi terbaru menunjukkan bahwa menambahkan 14gram serat setiap hari, selama empat bulan mengurangi asupan kalori sebesar 10 persen, dan menyebabkan penurunan berat badan sekitar 2kg. Makanan tinggi serat termasuk biji-bijian, sayuran, kacang-kacangan, dan buah. Tambahkan sayuran kukus untuk hidangan pasta, atau buah-buaha sebagai pengganti cokelat pada topping kue yang dikonsumsi.

3. Tambahkan air.
Makan makanan dengan kadar air tinggi, seperti sup ayam, mengurangi asupan kalori pada waktu makan berikutnya dibandingkan dengan makan makanan kering dengan jumlah kalori yang sama, seperti goreng ayam. Makan sup sebagai hidangan pembuka, terutama sup dengan banyak isi sayuran baik menggunakan kaldu ayam ataupun kaldu daging. Smoothies yang dibuat dengan buah, yogurt tanpa lemak, dan banyak es juga dapat dikonsumsi sebagai camilan sehat. Kandungan air dalan smoothies membantu Anda merasa kenyang, selain itu udara yang tercampur dalam campuran yogurt dan buah membantu mencegah kelaparan.
Sebagai kesimpulan, dengan berlatih ketiga tips, menurunkan berat badan dengan mudah dapat dilakukan dengan menyenangkan. Anda dapat menjalani hidup sehat dengan memilih makanan berukuran besar, meningkatkan serat dan menambahkan lebih banyak air dalam asupan harian Anda.
Sukses dalam mengurangi berat badan Anda secara alami dan aman.